Mencari Servis Web Design Untuk Bisnes Anda

Jun 12, 2024

Ini perkara wajib anda baca sebelum ambil servis Web Design

Dengan membaca tips ini, risiko anda tersilap memilih servis web design mampu dikurangkan.

Apa itu web design?

Ianya kerja design bagi menaikkan lagi pengalaman pengguna di website anda. Yang akhirnya membawa kepada peningkatan dari segi jualan dan rasa percaya pengguna pada jenama anda.

Apa beza web development dan web design

Kedua-dua pekerjaan ini mirip dan adakalanya berkongsi tugasan yang sama. Namun untuk konteks yang lebih ringkas.

Web development lebih kepada kerja-kerja pembangunan fungsi-fungsi website. Developer akan terlibat dalam proses-proses teknikal seperti programming, setup server, front-end & backend development dan juga testing serta debugging.

Bagi web design, kerja designer lebih kepada merangka design serta pengalaman pengguna dalam menggunakan website. Proses ini kita panggil sebagai user interface/ user experience (UI/UX).

Apa itu web design yang responsif?

Responsif web design ialah memberi pengalaman yang baik pada pelawat website walau apa jua saiz peranti yang mereka gunakan. Sesuai dengan zaman, website kita boleh diakses oleh pelbagai jenis peranti yang bermacam-macam saiz. Sebesar-besar skrin desktop komputer, hinggalah sekecil-kecil skrin telefon pintar.

Maka susun atur website kita mestilah optimum dan kelihatan kemas tanpa mengira apa jua saiz tetapan peranti yang pengunjung website kita guna.

Apa itu wireframe dalam web design?

Wireframe ialah lakaran digital bagi web design yang bakal dibangunkan nanti. Penggunaan wireframe ialah bagi membolehkan tuan-puan mendapat gambaran kasar bagaiamana website tuan-puan akan kelihatan nanti.

Fasa wireframe penting bagi memastikan semua pihak yang terlibat setuju dengan rekaan dan idea yang cuba diketengahkan oleh designer. Tanpa perlu buang masa dalam proses web development yang lebih rumit.

Berapa kos servis web design?

Julat harga web design ini besar, boleh bermula dari bawah seribu ringgit hingga ratusan ribu ringgit. Semuanya bergantung pada skop dan context suatu projek itu.

Namun untuk dalam kebanyakan situasi, bagi kebanyakan orang memerlukan web design bagi landing page, website syarikat serta ecommerce. Maka julat harga yang saya boleh berikan kepada tuan ialah sekitar dari bawah seribu ringgit hingga RM15,000.

Faktor-faktor lain juga perlu diambil kira. Seperti bayaran kerja, kontrak atau hanya bersifat one-off. Kos tahunan, serta bulanan jika ada. Design oleh agensi atau freelance. Keutamaan dari segi kualiti atau harga atau betapa cepat website boleh disiapkan.

Freelance atau Agensi?

Kedua-dua entiti ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang terbaik pastinya yang paling sesuai dengan keperluan bisnes tuan-puan sendiri.

Bagi freelance, harga kami mungkin lebih kompetitif berbanding agensi. Ini kerana atas faktor tangungan bisnes yang lebih kecil berbanding agensi. Kedua, freelance lebih dinamik dan cepat dalam hal pengurusan projek. Hal ini kerana, kurangnya birokrasi yang boleh wujud dalam organisasi yang lebih besar. Dari segi kekurangan, skop kerja yang freelance boleh laksanakan mungkin tidak terlalu besar. Ini kerana wujudnya kekangan dari segi sumber tenaga manusia.

Bagi agensi pula, mereka mampu menyediakan pelbagai servis bawah satu bumbung. Kita panggil sebagai fullstack. Ini kerana mereka mempunyai sumber tenaga yang ramai sertakai datang dengan pelbagai kemahiran. Dari segi kekurangan, harga yang ditawarkan mungkin sedikit tinggi berbanding freelance amnya. Ini kerana tangungan mereka sebagai sebuah syarikat lebih besar serta rumit.

Apa itu CMS dalam web design

CMS ialah singkatan content management system. Dalam membangunkan website harinih, kita mampu membina website tanpa perlu belajar programming dengan cara low code solutions. Antara CMS yang menawarkan fungsi low code solution ialah seperti WordPress dan Shopify.

WordPress menjadi pilihan banyak pengguna secara global amnya. Ini kerana ianya sebuah projek open source, kita mempunyai banyak kawalan dalam membangunkan website kita mengikut bajet kita tersendiri.

Kenapa kena buat website?

Berbeza dengan platform social media, atau marketplace seperti Shopee dan Lazada. Website kita ialah platform milik penuh kita. Segala data yang audience kita bagi boleh kita akses. Tidak sama seperti sesetengah marketplace yang tidak membenarkan penjual mengakses database pelanggan mereka sendiri.

Selain itu, marketplace pihat ketiga serta social media yang kita guna boleh bila-bila masa hapuskan atau shaddow ban akaun kita. Ini kerana, kita berniaga di platform milik orang lain.

Wajib ker bisnes ada website?

Tak wajib, website hanyalah salah satu ikhtiar kita dalam mendapatkan jualan serta kepercayaan pelanggan kita. Malah banyak bisnes mampu boleh berkembang dengan sekadar meningkatkan lagi kualiti profil Google My Business mereka. Dan hal ini PERCUMA saja, berbalik pada usaha masing-masing.

Belajar web design

Jika anda kekurangan bajet atau ingin dapatkan ilmu baru. Anda juga boleh belajar sendiri tentang web design. Internet harinih sudah mempunyai maklumat yang lengkap untuk belajar web design. Tunggu cari dan sanggup belajar saja, boleh dapat secara PERCUMA saja.

<h3>Bagaimana nak pastikan web design kita itu bagus

Boleh lihat pada scroll rate website dan tempoh purata audience habiskan di website anda. Data ini boleh diakses melalui platform pihak ketiga seperti Microsoft Clarity. Jika scroll rate anda dapat atas 50%, pengguna habiskan masa secara purata lebih dari 1 minit. Maka secara amnya, boleh dikatakan web design anda bagus.

Bagaimana ingin pastikan web design itu bagus?

Beberapa faktor kita perlu ambil kira, antaranya:

  • Adakah website kita ini senang digunakan oleh target audience kita, adakah senang untuk mereka cari dan jumpa maklumat yang diinginkan?
  • Dari segi branding, adakah ianya selari dengan design branding bisnes anda? Sebagai contoh dari segi gaya design dan tema warna website kita itu. Adakah ianya sama dan kena dengan bisnes kita?

Tuan ada sedia servis web design?

Ya ada, saya tawarkan dua pakej.

Pakej bulanan : RM300 sebulan, saya design + siap jaga sebagai web admin. Tiada tempoh minimum langganan.

Pakej one-off : Dari RM1750, bayar sekali saja untuk web design lengkap dengan domain & hosting untuk setahun. Tahun depan hanya bayar domain dan website, selalunya sekitar RM300 – RM600 setahun. Bergantung pada nama domain dan spec hosting pilihan.

Untuk maklumat lanjut boleh (KLIK DI SINI)

Atau boleh Whatsapp saya terus (KLIK DI SINI)

Artikel Lain