Servis Design Website Cepat Dan Berkualiti

Jaminan website anda siap dalam masa TIGA hari bekerja atau anda dapat servis ini secara PERCUMA.
Autoplay Video

Hasil Design Saya

Portfolio Lain-lain

"Tuan Husni dah buat macam-macam landing pada kita, SALES pun dah banyak dapat"

Tuan Amirul Mu'min
Founder Socialeap & KiraUntung

"Saya sudah berurusan dengan Cik Husni sejak tahun lepas lagi, bagi beberapa buah projek melibatkan PULUHAN buah website"

Puan Syifa'
Tim Khalifah Media Networks

This is stuff of the pros, hire this guy. Conversion rate optimisation.

Part of the work that growth strategists do (+looking at data and testing these ideas to confirm they work).

Tengku Syamil
Founder KitaFund

Web designer yang diyakini oleh syarikat seperti:

Apa Yang Membezakan Saya Dengan Designer Lain?

Ada Pakej PERCUMA

Saya design satu seksyen website anda. Jika anda suka, kita boleh mula projek. Jika sebaliknya, anda boleh guna design itu secara secara percuma.

Ada Pakej Bulanan

Anda fokus buat marketing dan produk, saya urus A-Z hal website seperti design, copywriting serta update content. Lengkap kos domain & hosting.

Design Yang Convert

Tak cukup sekadar ada website, pastinya anda nak dapat sales daripada website. Maka carilah designer yang tahu ilmu CRO seperti saya.

Disokong Data

Setiap keputusan yang dibuat berdasarkan pengalaman saya yang lepas, serta disokong oleh data seperti heatmap & scroll depth.

Apa Yang Anda Dapat Dari Pakej Web Bulanan Ini?

LAPAN jobscope yang kami ururskan, dalam satu harga.

Lebih Fleksibel Dan Kurang Risiko Rugi Berbanding Pakej Designer Lain

Sebagai peniaga mesti nak fleksibiliti, supaya senang kawal untung rugi dan senang tukar strategi bila dah nampak rugi.

Salam, nama saya Husni.

Bila sudah bertahun saya bangunkan website. Saya mula sedar ada satu salah faham yang ramai pemilik bisnes buat.

Ramai sangkakan buat website ini cukup bayar sekali saja, boleh kekalkan content website yang sama untuk tarik pelanggan baru membeli selamanya.

Realitinya, website ini tak ubah seperti kedai fizikal kita. Inventori produk kena selalu update, promosi sentiasa berubah mengikut musim. Semuanya kita lakukan ini untuk dapatkan lebih jualan. Begitu jugalah dengan website.

Ini sebab saya nak bangunkan pakej ini. Lebih berbaloi dan kurang risiko pada pemilik bisnes.

Tiga Pilihan Pakej

Mengikut kesesuaian bajet anda

Saya Nak Tempah Website

Pakej Bulanan 

RM300

Semua hal website A-Z saya urus untuk anda. Boleh minta update dan tambah content baru.
Website & copywriting (3 hari bekerja siap
Custom design & stock image 
Tiada tempoh minimum langganan
Admin website anda, 9 pagi - 5 petang
Percuma hosting & domain website (.com)

Pakej One-Time 

Dari RM1750

Ansuran sehingga tiga bulan

Sesuai untuk yang perlukan design website sahaja. Siap dalam masa 5 hari bekerja. 
Web design & copywriting
Hosting & domain 1 tahun
Custom design & stock image 

Pakej PERCUMA

Saya design satu seksyen website anda. Jika anda suka, kita boleh mula projek. Jika sebaliknya, anda boleh guna design itu secara secara percuma.

Anda Ada Soalan Seperti Ini?

  • Ada refund tak servis ini?

    Tiada, namun jika anda tidak yakin dengan hasil design saya. Boleh pilih untuk ambil pakej PERCUMA dahulu. Jika anda berpuas hati, kita boleh mulakan kerja website.

    Jika tidak, design itu anda boleh guna secara percuma.

  • Berapa kos tahunan jika saya ambil pakej One-Time

    Kos bergantung banyak kepada harga domain website serta spesifikasi hosting website yang anda inginkan.

    Saya ambil secara umum di sini:

    Kos domain: RM60 – RM120
    Kos hosting: RM200 – RM357.96

    Caj pengurusan: RM100

    Maka kos anggaran tahunan website anda antara RM360 – 577.96

    *Caj pengurusan ialah caj yang saya kenakan untuk khidmat menguruskan pembayaran domain & hosting anda.

    *Jika anda uruskan sendiri hal pembayaran renew hosting & domain ini. Makanya tidak perlu membayar kos caj pengurusan.

  • Pakej website ini sesuai untuk bisnes apa?

    Apa jua bisnes sesuai, saya pecahkan kepada dua jenis bisnes. Satu menjual produk fizikal, satu lagi menjual servis.

    Bagi yang menjual produk fizikal, anda mungkin lebih sesuai untuk ada ecommerce. Sistem web jualan lengkap dari proses jualan, pembelian dan selepas pembelian berjaya dibuat. Matlamat website ini ialah untuk membuat jualan terus kepada pembeli.

    Manakala bagi yang menjalankan bisnes servis, anda mungkin lebih sesuai untuk ada website yang bertindak sebagai lead generator. Sistem web yang menukar orang awam kepada prospect yang berminat untuk menjalankan urusniaga dengan bisnes anda. Kaedah yang sering digunakan untuk mendapatkan lead generator selalunya melalui borang di website.

  • Free domain, maksudnya saya boleh minta mana nama website lah kan?

    Kami mengenakan dua syarat, bagi free domain ini.

    Syarat 1: Nama domain website yang anda minta itu perlulah boleh didapati di pasaran, bukannya sudah dimiliki oleh mana-mana entiti. Contohnya anda ingin pakai domain website Google.com atau Facebook.com, pastinya tidak boleh kerana ianya sudah dimiliki oleh entiti lain.

    Syarat 2: Kos nama domain itu mestilah maksimum RM120 setahun sahaja, selalunya kebiasaan domain .com sekitar RM60 setahun, manakala domain .my boleh mencapai RM120 setahun bagi domain biasa. Selalunya nama domain dengan abjad yang sedikit (3 atau 5 abjad) boleh tinggi harganya. Mampu mencapai ribuan ringgit.

    Jika anda berkeras untuk menggunakan domain yang bernilai lebih daripada RM120 setahun, maka saya akan minta untuk anda cover baki domain itu. Contohnya anda ingin gunakan domain website yang bernilai RM500 setahun, maka baki RM380 itu akan dijelaskan oleh anda.

  • Perlu ke saya langgan dua pakej jika saya ada dua produk yang berbeza?

    Bergantung pada niche produk anda. Sebagai contoh, kedua-dua produk anda ialah niche. Niche kesihatan lutut. Satu jenis ubat sapu, manakala satu lagi knee guard. Maka dalam kes ini niche produk masih sama. Ok saja untuk melanggan satu pakej saja. Dua produk ini dalam satu website yang sama.

    Namun jika produk anda itu berlainan niche. Contohnya ialah satu itu niche ubatan tradisional, satu lagi niche pakaian muslimah. Maka dalam kes ini, digalakkan untuk anda melanggan dua pakej yang berbeza, setiap produk ada websitenya sendiri.

Offer Ini Terhad Kepada Dua Website Setiap Minggu

Hubungi saya sekarang untuk tempah website anda minggu ini. Slot hanya untuk dua yang terawal.